Thursday, September 23, 2010

Perkara yang menghancurkan perhubungan cinta -Tips Cinta -

Perhubungan selalunya bukanlah sesuatu yang mudah untuk diurus walaupun
dah bersumpah setia terhadap cinta bersama.

Masalah besar yang selalu berlaku bila salah seorang atau kedua pasangan
berterusan buat kesalahan yang sama kemudian tak tahu/tak paham kenapa
lah perhubungan mereka bermasalah!

Beberapa perkara dari sikap,cara berfikir dan cara berkomunikasi seseorang
itu,kalau diulangi dan dibuat berterusan berpontensi sangat menghancurkan
perhubungan.

Question!

ANDA BUAT YANG MANA?

1)walaupun anda takde faktah dan hujah yang lengkap,anda terus kata anda betul
dan terus amalkan sikap keras kepala.

2)tak pernah mintak maaf walaupun terang2 anda salah.

3)pentingkan diri anda.Buat taktau je kepenting/keperluan pasangan anda yang penting
apa anda nak mesti dapat dan dia tunaikan

4)tak pernah mengaku dan menunjukkan yang anda terluka.Sebaliknya bila terluka,
cepat-cepat melenting dan marah.

5)anda tahu kekurangan,kesalahan dah rahsia keluarga pasangan anda dan gunakan itu
apabila gagal dalam masa berbincang dengan pasangan

6)bila pasangan buat salah,anda guna dan manipulasi perasaan bersalah itu untuk
menyerang emosinya

7)sentiasa cekap mencari kesalahan pasangan.Kalau dia buat perkara baik,tak puji
dan buat tak tau.

8)buat janji tapi tidak tepati

9)buat2 paham apa yang dicakap dan sampaikan walaupun anda sepatah apa pun tak phm

10)tak pernah serius dalam apa hal pun

11)sentiasa cakap"anda pasti mati"kalau dia buat tak tahu pada anda

12)selalu ungkit perkara lepas.Cara penyampaian je tak sama tapi isi dan fakta tetap
sama

13)kalau betengkar,sentiasa taknak kalah.Anda betengkar bukan untuk mencari jalan
penyelasaian tetapi untuk "MENANG".Jadi apa cara pun anda mesti buat anda menang
sampai pasangan tak tahan.

14)tak tunjukkan tanda anda ambil berat tentang pasangan anda.

15)tekan kan apa yang anda kata jauh lebih penting dari pasangan anda.Jadi anda
selalu "potong"cakap apabila pasangan anda sedang bercakap.

16)bila anda dapati anda betul dalam sesuatu perkara,selalu cakap.Itulah saya dah
cakap awak degil?

17)selalu anggap pasangan anda sahaja yang perlu paham kehendak/keperluan anda dan
perlu secepat mungkin buat apa sahaja tanpa anda perlu cakap

18)bagi yang dah berkahwin,dalam perhubungan sex.anda anggap keperluan sex sama je
macam anda

19)rajin komen yang tak elok tentang ibu/bapa keluarga pasangan anda

20)bertindak bahawa semua yang di atas tu.anda tak buat.Pasangan anda yang sebenarnya
yang perlu berubah :(

No comments:

Post a Comment